Tuesday, October 19, 2010

Ya Allah..peliharakanlah hatiku.

Ya Allah...
Seandainya Kau catatkan
dia akan menjadi teman yang menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi
yaAllah..ya Tuhanku yang maha mengasihi..
Seiringkanlah kamimelayari hidup ini
ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah..
seandainya telah Kau takdirkan..
,,,dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku.
luputkanlah dia dari ingatanku..
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada di sisiku..
dan peliharakanlah aku dari kekecewaan.
ya Allah..ya Tuhanku yang maha mengerti..
berikanlah aku kekuatan
melontar bayangannyajauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agar dapt ku berbahagia walau tanpa bersamanya.

Ya Allah..yg tercinta..
gantikanlah yg telah hilang
tumbuhkan kembali yg telah patah
walau tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah Ya Tuhanku..
pasrahkanlah aku dengan takdirMu.
sesungguhnya apa yg Kau takdirkan
adalah yg terbaik buatku.
kerana Engkau mengetahui
segala yg terbaik untuk hambaMu ini

Ya Allah..
cukup sahaja Engkau yg menjadi pemeliharaku
di dunia dan akhirat
dengarkanlah rintihan hambaMu yg daif ini
jangan Kau biarkan aku sendirian
didunia mahupun di akhirat

Jika menjurusku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
maka kurniakanlah seorang pasangan yg beriman
supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
ke jalan yg Engkau redhai..
dan kurniakanlah kepadaku keturunan yg soleh..
Amin...Ya Rabbal 'Alamin...











No comments:

Post a Comment