Sunday, October 24, 2010

lUv Allah...


kpd kawan2 ku yg pernah dikecewakan...jgan la bersedih hati..mgkin ad hikmah disebaliknya..ingat lah kwn2 Allah telah merancang yg terbaik utk hambanya..ini adalah ujian bg menguji keimanan kita..igt kwn2..bler anda di uji anda adlh insan yg terpilih..so, redha la dgn setiap ujian nye..memg hakikatnya kita sukar utk terima apa yg menimpa diri kita...tp percayalah dan yakinlah dgn ketentuan dr Allah..Dia tahu ape yg terbaik utk kita..mungkin skrg kita sedih sgt tp akn dtg 6t siapa pun xleh jangkakan..mungkin kita dpt kebahagiaan yg lebih bahagia dr skrg...kita perlu bersbar n jgan la bersedih haty..

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (QS Al-Imran: 139).

Dalam Al-Quran pun telah menjelaskannya..so,kita mesti melawan dan membuang segala perasaan sedih tu..cuba lupakan semuanya..buat la sesuatu yang dpt melupakan masalh TP bukan dgn cara melupakan dia..tp buat sesuatu contohnya menyibukkan diri kita dgn perkara2 lain terutamanya hal2 yang mebersihkan haty..ikut lah aktiviti2 seperti majlis ilmu...InsyaAllah akan dpt membersihkan haty kita yang sakit..selain itu..berdoalah..doa itu senjata terhebat org mukmin..minta dan mengadu lah ape yg terbuku di haty...krn Dia berhak ke atas segalanya..

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" (QS Al-Baqarah: 45).

seterusnya...belajar memaafkan nya...berlapang dada lah dlm setiap hal..dgn memaafkan ini membuat haty kita menjadi tenang..dan Allah amat suka pd hamba yg memaafkan org lain...

"Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal, tapi barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.“ [Asy Syuura:40


selebihnya kita serahkan pd Allah..biar Dia yg menetapkan segalanya..Allah itu maha Adil lg maha Bijaksana..Dia telah rancang yang terbaik..mungkin sewaktu kita bercinta kita telah lupa dan jauh drNya..sebenarnya Dia menyayangi kita..sedarlah kita bhwa cinta kpd Allah lebih tulus suci..cinta yg tdk mungkin kita akan kecewa..cinta yg hakiki...mulai saat ini..marilah kwn2 berjanji dengan dgn diri kita.. tidak mahu terlibat lagi dlm cinta dunia..krn.. jika kita cinta kan manusia selalu membuatkan kita kecewa..tp jika kita cintakan Allah tdk sesekali kita akan kecewa..i like.. klau dia da ditentukan jodoh kita.InsyaAllah kita akn bertemu juga akhirnya..igt to..so, kita xperlu risau tentang jodoh..

kawan2..kita perlu menjadi MAWAR BERDURI..yg mana hanya lelaki hebat shj yg dpt memetiknya dan menyentuhnya..bkn sebarangan lelaki mampu memilikinya..
kita juga perlu mengemis cinta Ilahi..cinta yg tulus suci...perlu menjadi wanita solehah..perlu dan mesti buat perubahan dalam diri kita...mesti!!

YAKINLAH DENGAN TAKDIR ALLAH...DIA ADALAH PERANCANG YANG TERBAIK UNTUK KITA..

BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU PADAHAL IA AMAT BAIK BAGI KAMU, DAN BOLEH JADI KAMU MENYUKAI SESUATU PADAHAL IA AMAT BURUK BAGI KAMU, ALLAH MENGETAHUI SEDANGKAN KAMU TIDAK MENGETAHUI..(AL-BAQARAH:216)

HURM....

kita selalu mengharapkan pelangi selalu bersama kita

.tapi pelangi to x kekal lame pun..kita sedih sgt bler pelangi to xde..

rupa2nya Allah berikan matahari..tp kita masih tdk mengerti?? kita tertanya mengapa Allah berikan matahari...

kemudian Allah kirimkan kita hujan yg kita aggapnye satu musibah..



tp akhirnya kita sedar bahawa setiap aggpan kita terhadap ujian dan musibah tersebut..rupa2nya Allah berikan kita bunga yg mampu membuat kita tersenyum.



walaupun dia dah xsayang sy tp...sy tau ada yg lebih sayangkan sy....nk tau siapa 'couple' baru saya??? jeng3...






ok lar...sampy cni jer la pertemuan di blog malam ney..InsyaAllah akan bersambung lg lepas ney...

Tuesday, October 19, 2010

Ya Allah..peliharakanlah hatiku.

Ya Allah...
Seandainya Kau catatkan
dia akan menjadi teman yang menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi
yaAllah..ya Tuhanku yang maha mengasihi..
Seiringkanlah kamimelayari hidup ini
ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah..
seandainya telah Kau takdirkan..
,,,dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku.
luputkanlah dia dari ingatanku..
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada di sisiku..
dan peliharakanlah aku dari kekecewaan.
ya Allah..ya Tuhanku yang maha mengerti..
berikanlah aku kekuatan
melontar bayangannyajauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agar dapt ku berbahagia walau tanpa bersamanya.

Ya Allah..yg tercinta..
gantikanlah yg telah hilang
tumbuhkan kembali yg telah patah
walau tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah Ya Tuhanku..
pasrahkanlah aku dengan takdirMu.
sesungguhnya apa yg Kau takdirkan
adalah yg terbaik buatku.
kerana Engkau mengetahui
segala yg terbaik untuk hambaMu ini

Ya Allah..
cukup sahaja Engkau yg menjadi pemeliharaku
di dunia dan akhirat
dengarkanlah rintihan hambaMu yg daif ini
jangan Kau biarkan aku sendirian
didunia mahupun di akhirat

Jika menjurusku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
maka kurniakanlah seorang pasangan yg beriman
supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
ke jalan yg Engkau redhai..
dan kurniakanlah kepadaku keturunan yg soleh..
Amin...Ya Rabbal 'Alamin...











Sunday, October 17, 2010

hati kita rumah kita..

Ada 3 macam rumah, Pertama: Rumah Raja, di dlmnya ada simpanannya, tabungannya serta perhiasannya. Kedua: Rumah Hamba, di dlmnya ada simpanan, tabungan & perhiasan yg tidak spt yg dimiliki seorang raja. Dan ketiga: Rumah Kosong, tidak ada isinya.
.
Jika datang seorang pencuri, rumah mana yang akan dimasukinya? Apabila anda menjawab, ia akan masuk rumah yang kosong, tentu suatu hal yg tidak masuk akal, kerana rumah kosong tidak ada barang yang boleh dicurinya. Kerana itulah apabila dikatakan kepada Ibnu Abbas r.a. bahawa ada orang-orang Yahudi mengatakan bahawa di dalam solat, mereka 'tidak pernah terganggu', maka Ibnu Abbas berkata: "Apakah yang mampu dikerjakan oleh syaitan di dalam rumah yang sudah rosak?"
.
Bila jawapan anda adalah: "Pencuri itu akan masuk rumah raja." Hal tersebut bagaikan sesuatu yang hampir mustahil, kerana tentunya rumah raja dijaga oleh penjaga dan tentera, sehingga pencuri tidak mampu mendekatinya. Bagaimana mungkin pencuri tersebut mendekatinya sementara para penjaga dan tentera sentiasa bersiap sedia di sekitar raja? Sekarang tinggal rumah kedua, maka hendaklah orang-orang berakal memperhatikan permisalan ini sebaik-baiknya, dan menganalogikannya (rumah) dengan hati, kerana inilah yang dimaksudkannya.
.
Rumah Kosong iaitu hati yang kosong dari kebajikan, yaitu hati orang-orang kafir dan munafik, adalah rumah syaitan, yang telah menjadikannya sebagai benteng bagi dirinya dan sebagai tempat tinggalnya. Maka adakah rangsangan untuk mencuri dari rumah itu sementara yang ada didalamnya hanyalah peninggalan syaitan, simpanannya dan gangguannya?
.
Rumah Raja iaitu hati yang telah dipenuhi dengan kekuasaan Allah SWT dan keagunganNya, penuh dengan kecintaanNya dan sentiasa dalam penjagaanNya dan selalu malu darinya, syaitan mana yang berani memasuki hati ini? Bila ada yang ingin mencuri sesuatu darinya, mampukah ia mencurinya?
.
Rumah Hamba iaitu hati yang di dalamnya ada tauhid Allah, mengerti tentang Allah, mencintaiNya, dan beriman kepadaNya, serta membenarkan janjiNya. Namun di dalamnya ada pula syahwat, sifat-sifat buruk, hawa nafsu dan tabiat tidak baik. Hati ini ada di antara dua hal. Kadang hatinya cenderung kepada keimanan, makrifat dan kecintaan kepada Allah semata, dan kadang condong kepada panggilan syaitan, hawa nafsu dan tabiat tercela. Hati semacam inilah yang dicari oleh syaitan dan diinginkannya. Dan Allah memberikan pertolonganNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya sebagaimana firmanNya: "Dan kemenanganmu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Ali Imran:126)
.
Syaitan tidak mampu mengganggunya kecuali dengan senjata yang dimilikinya, yang dengannya ia masuk ke dalam hati. Di dalam hati seperti ini syaitan mendapati senjata-senjatanya yg berupa syahwat, syubhat, khayalan2 dan angan2 dusta yang berada di dalam hati. Saat memasukinya, syaitan mendapati senjata-senjata tersebut dan mengambilnya serta menjadikannya menetap di hati. Apabila seorang hamba mempunyai benteng keimanan yang mampu mengimbangi serangan tersebut, serta memiliki kekuatan melebihi kekuatan penyerangnya, maka ia akan mampu mengalahkan syaitan.
.
Tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah semata-mata...
.

hamba2 yg di uji adlah hamba2 yg terpilih...

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." (QS Al-Ankabut: 2-3)
.
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU INGINKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah: 216)
.
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sekadar kesanggupannya..." (QS Al-Baqarah: 286)
.
RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (QS Al-Imran: 139)
.
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" (QS Al-Baqarah: 45)
.
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... " (QS At-Taubah: 111)
.
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dialah yang memiliki Arasy yang agung" (QS At-Taubah: 129)
.
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"... Orang yang putus harapan dari rahmat Tuhan itu, hanyalah orang2 yang sesat." (QS Al-Hijr: 56)

Thursday, October 14, 2010

munajat seorang hamba

Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malangini pergi membasuh diri
Untuk mengadap mu oh tuhan
Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu
Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaanmu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku
Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yangku lakukan
Ampunan mu tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunanmu tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada mu
Tempat hamba kembali nanti di sana

igin MenjAdi sAhAbaT yG bAik?????

Motivasi: Memberi salam terlebih dahulu tanda merendah diri seseorang kepada Allah. Allah sangat cinta pada hamba yang tawaduk.

Memanggil nama sahabat dengan nama yang disukainya sama ada di depan atau di belakangnya.

Motivasi: Kita juga suka orang menyebut nama yang kita senangi sama ada di depan maupun di belakang kita. Jadi lakukan perkara yang sama pada kawan kita.

ÿ Menumpukan perhatian tatkala sahabat bercakap serta elakkan memotong cakapnya.

Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang fokus dan mengambil berat terhadap orang lain.

Menyampaikan pujian orang terhadap sahabat. Jika kita sembunyikan bererti kita sebenarnya menyimpan rasa dendam dan iri hati.

Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang ikhlas dalam persahabatan. Menyampaikan pujian di sini bertujuan menggalakkan sahabat kita konsisten menunaikan perkara yang baik. Bukan bertujuan membodek.

ÿ Tidak menceritakan kejian dan celaan orang terhadap sahabat. Ini untuk mengelakkan rasa kurang senang dan tercetusnya krisis.

Motivasi: Allah suka seseorang yang mengelakkan perkara yang menggusarkan hati sahabatnya.

Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya. Kalau dia memohon bantuan, wajib kita bantu setakat termampu.

Motivasi: Allah menolong seseorang selagimana dia menolong sesama insan dalam kebaikan.

ÿ Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri.

Motivasi: Allah mengasihi seseorang yang mampu mendahulukan keperluan orang lain mengatasi dirinya sendiri. Allah sebaik-baik pemberi rezeki. Apa yang kita berikan akan diganti dengan yang lebih baik.

Memandang dan membuat anggapan positif terhadap sikap sahabat. Elakkan prejudis pada mereka.

Motivasi: Secara tidak disedari, orang yang suka bersangka buruk pada orang lain telah menghukum di atas perkara yang tidak diketahui dengan jelas. Allah membantu seseorang yang suka bersangka baik dengan orang lain.

ÿMemberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya. Jika melihat kawan kita mulai lalai atau melakukan kesalahan, tegur dan beri nasihat secara rahsia.

Motivasi: Umpama kita tersalah jalan mahu menuju ke suatu tempat. Kemudian rakan kita menegur kita. Pastinya kita suka dan berterima kasih kepadanya. Kita juga suka kalau kesalahan kita tidak diperbesarkan dan ditegur tanpa diketahui orang lain. Ia menunjukkan maruah kita dihargai.

Sentiasa memaafkan kesalahan sahabat kita. Bila melihat dia lakukan kesalahan, tidak ditempelak seperti kata pepatah, ‘memulangkan paku buah keras’.

Motivasi: ‘Memulangkan paku buah keras’ bererti kita mendendaminya. Apakah kita ikhlas bersahabat dengannya selama ini? Allah bersama orang yang ikhlas.

ÿ Sekiranya dia minta maaf, terima saja apa alasan yang diberikan tidak kira benar atau tidak.

Motivasi: Serahkan sahaja perkara yang tidak diketahui kepada Allah. Lagi pula, Allah tidak akan bertanya pada kita apakah kawan kita berbohong atau tidak. Yang pasti, Allah akan tanya kita apakah kita telah memaafkan sahabat yang telah meminta maaf.

Tidak mengulang tayang kesalahan atau keburukannya yang pernah dilakukan pada kita.

Motivasi: Apakah kita suka kalau sahabat kita mengungkit kesalahan kita yang lalu sedangkan kita sudah menginsafinya.

ÿ Elakkan berkelahi pada perkara remeh temeh. Apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat.

Motivasi: Perkelahian pertama di dunia ialah antara dua anak Adam iaitu Qabil dan Habil. Ia dicetuskan oleh Iblis yang memusuhi manusia hingga kiamat. Justeru ingatlah, apabila kita berbalah tanpa didasari kebenaran, sebenarnya kita menurut jejak-jejak Iblis.

Menyembunyikan segala rahsia sahabat dan tidak menceritakan kepada orang lain walau kepada pasangan (suami/isteri) kita sendiri.

Motivasi: Allah menyembunyikan rahsia kita selagi kita menjaga rahsia sesama kita.

ÿ Tidak mendesak atau memaksanya sehingga dia rasa terbeban dengan permintaan kita itu.

Motivasi: Apakah kita suka didesak atau dipaksa melakukan atau menunaikan sesuatu?

Menjiwai apa yang dirasakannya sama ada senang atau susah. Gembira dengan perkara yang menggembirakannya dan bersedih dengan sesuatu yang menyedihkannya.

Motivasi: Apakah yang kita rasa bila kita sedang gembira, sahabat kita mengerut-ngerutkan mukanya? Apakah yang kita rasa bila kita bersedih, kawan kita bergelak ketawa di hadapan kita?

ÿ Memberi hadiah sempena hari lahir sahabat atau kerana apa sahaja yang bersesuaian.

Motivasi: Allah cinta kepada orang yang bermurah hati.

Sentiasa memupuk kasih sayang dengannya hingga akhir hayat.

Motivasi: Allah cinta kepada orang yang saling berkasih sayang keranaNya. Justeru Allah menegaskan bahawa salah satu dari dua doa yang tidak dimakbulkan ialah doa supaya diputuskan silaturrahim. Memelihara silaturrahim serta mengekalkannya juga dapat memanjangkan umur.

ÿ Mengucapkan terima kasih di atas kebaikan sahabat terhadap kita.

Motivasi: Allah berjanji kalau kita sentiasa berterima kasih dengan nikmat yang diperolehi sama ada pada manusia atau kepadaNya, maka Dia akan tambahkan lagi nikmat tersebut. Ini janji Allah. Nescaya ditepati.

Sentiasa mendoakannya. Doakan selalu sahabat-sahabat kita ketika dia masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.

Motivasi: Para malaikat akan selalu mendoakan kita selagimana kita mendoakan kebaikan buat sahabat-sahabat kita.

ÿMenziarahi sahabat tatkala dia sakit atau ditimpa bencana.

Motivasi: Allah suka kepada hamba yang mengambil berat hal orang lain.

Mengiringi sahabat ke pintu ketika dia hendak pulang setelah menziarahi kita.

Motivasi: Sikap ini menandakan kita menghargai kunjungan sahabat. Sahabat kita pula merasa dirinya dihormati dan dihargai. Kesannya ia mampu menambahkan kasih sayang sedia ada.

Lakukan semua perkara di atas kerana cintakan Allah. Apa yang telah kita amalkan, sama-samalah kita berusaha untuk konsisten dengannya. Mana yang kurang, sama-sama kita perbaikinya. Insya Allah, persahabatan kita berkekalan dengan limpahan barakah dariNya.

Sunday, October 10, 2010

"dOa rAbItAh"


Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…